"Saya Akan Berkahwin Tidak Lama Lagi Dan Kali Ini Saya Takkan Lakukannya Senyap-Senyap"


#Selepas beberapa tahun hidup sebagai seorang ibu tunggal, Nabila Huda akhirnya mengakui bakal menamatkan zaman janda dgn kekasihnya yg merupakan pengurus kepada restoran Kulcats sekitar bulan Disember ini...
Walaubagaimanapun, buat masa ini Nabila yg mesra disapa sebagai Abil enggan mendedahkan tarikh sebenar kerana banyak lagi urusan mengenai majlis perkahwinannya  blum selesai...

#Abil juga berkata beliau tidak akn berkahwin secara senyap & akan menjemput pihak media untuk menghadiri majlis raja sehari beliau...
Memang benar saya akn bernikah pada Disember ini... Namun, saya tidak boleh memberitahu tarikh pernikahan kerana banyak lagi urusan yg belum selesai...
Tunggulah sehingga kad diedarkan... Saya tidak akan berkahwin secara sembunyi, tetapi akan menjemput semua pihak termasuk media...

#Nabila Huda sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi  Eddie daripada kumpulan Tiga Swagger pada 6 Disember 2008 sebelum bercerai sekitar tahun 2011... Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yg kini berusia lima tahun...
Tahniah kami ucapkan kepada Abil, semoga perkahwinan anda kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat & dilimpahi dgn kebahagiaan...

Share this: