#KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki yg sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 dilaporkan membunuh diri semalam selepas dipercayai kecewa berikutan gagal menjawab soalan Kertas 1 Matematik Tambahan....
#Menurut laporan akhbar New Straits Times,,, mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah itu ditemui tergantung di dlm biliknya dengan tali leher dilehernya di sebuah pangsapuri di Taman Jinjang....
#Berita kematian pelajar yg juga merupakan pelakon drama tempatan berbahasa Cina ini turut menggemparkan seluruh warga sekolah dan rakan-rakannya....
#Selain itu,,, guru-guru yg mengenali remaja berusia 17 tahun ini turut menyifatkan mangsa sebagai pelajar cemerlang....
#Kejadian tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Sentul Supt Mohd Sukri Kaman....
#“Mangsa memberitahu gurunya bahawa dia tidak dpt jawab (soalan Matematik Tambahan)....
#“Mangsa juga berkata mahu pulang ke rumah tetapi guru menasihatinya agar bertenang.... Namun,,, mangsa enggan & terus pulang ke rumah,,,” kata Mohd Sukri dipetik NST....
#Tambah Mohd Shukri,,, bagaimanapun mangsa kemudian tidak hadir ke sekolah pada waktu petang utk menduduki ujian Kertas 2 subjek tersebut menyebabkan gurunya bimbang & menghubungi keluarga pelajar tersebut....
#“Guru tersebut menghubungi ibunya utk bertanyakan mangsa.... Ibu pelakon tersebut yg bekerja di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur kemudian meminta ibu saudara mangsa untuk memeriksa....
#“Ibu saudara mangsa menemui remaja itu mati di dlm biliknya dengan tali leher yang diikat di lehernya terikat pada bingkai tingkap,,,” kata Mohd Sukri lagi....
#Mayat pelajar terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan polis menolak sebarang unsur jenayah dalam kes ini....